T-SHIRT PRINTING KUANG (CLICK THIS LINK)

WEBSITE ALTIMAT CAR RENTAL

Thursday 15 August 2013

Salam Perkenalan dari Homestay De Sungai Buloh

Assalammualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dengan mengambil berkat bulan Syawal yang mulia ini,dengan ini saya sebagai admin blog ini ingin memberikan salam perkenalan dari pihak kami HOMESTAY DE SUNGAI BULOH kepada semua pembaca blog ini.



HOMESTAY DE SUNGAI BULOH yang mula dilancarkan pada bulan Jun 2013 yang lepas ini pada asalnya adalah merupakan rumah persinggahan pemiliknya yang merupakan anak Kuang yang telah berhijrah ke tempat lain dan hanya menghuni rumah ini jika balik ke kampung Kuang.


Dengan mengambil kira lokasi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini yang berada di atas bukit Sungai Plong dan mempunyai ruang balkoni pada tingkat 2,dirasakan ianya sangat sesuai untuk dijadikan homestay bagi pengunjung yang mahukan satu keadaan yang tenang,nyaman,bersuasana kampung & dapat menikmati pemandangan sekitar kampung Sungai Plong.Kepada yang kurang mahir berkenaan lokasi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini,sila google map 'Kolej Vokasional Sungai Buloh' atau 'Sekolah Kebangsaan Sungai Plong',ianya betul-betul berhampiran kawasan berkenaan.




Ruang luaran menghijau HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini juga sangat sesuai untuk pengunjung mengadakan aktiviti-aktiviti ringkas seperti BBQ,aktiviti kanak-kanak,bersukan dan lain-lain.





 Jadi,dengan ini,kepada sesiapa yang berminat untuk mengunjungi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini,sila hubungi (call/sms/whatsapp) ke;

- 019-2472367 (Wazir)
- 013-3580776 (Zool)
- 019-3433705 (Aman)

Jangan malu atau segan untuk bertanya,pastinya panggilan anda akan dijawab dengan mesra oleh pihak kami.

Sekian untuk kali ini.

Terima kasih.

Wassalam.

2 comments:

  1. 3x8 sheet metal prices near me -Tianium-Arts.com
    Buy cheap TINN ARTWORKS AT TIATONLINE TIATONLINE TIATONLINE babylisspro nano titanium hair dryer TIATONLINE GAMBLE JACKPOT CONSOLE GAMBLE JACKPOT titanium wood stoves CURRY JACKPOT microtouch titanium CONSOLE titanium quartz meaning GAMBLE PICTURE titanium earring posts GIG

    ReplyDelete