T-SHIRT PRINTING KUANG (CLICK THIS LINK)

WEBSITE ALTIMAT CAR RENTAL

Monday 20 April 2015

HOMESTAY D'KUNDANG

Assalammualaikum,alhamdulillah bermula bulan April 2015 ini,di atas jasa baik Tuan Najib,pihak kami telah mula menjalinkan kerjasama bersama HOMESTAY D'KUNDANG di dalam memberikan perkhidmatan homestay di dalam kawasan Kundang,Kuang & sekitar Sg Buloh ini.




Homestay yang berada di Kg Sri Kundang ini diasaskan dari sebuah rumah lot persendirian di dalam kawasan perkampungan Sri Kundang. di mana homestay ini mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik air,ruang tamu,ruang dapur & ruang santai di luar yang luas.




Setiap bilik telah dilengkapi dengan tilam,bantal,almari & beberapa kelengkapan ringkas untuk kegunaan & keselesaan pengunjung.


Penghawa dingin juga disediakan pada setiap bilik


 Bilik air & tandas di jamin dalam keadaan bersih.




Ruang dapur juga dilengkapi dengan meja & kelengkapan ringkas untuk memudahkan pengunjung menjamu selera.Peralatan seterika juga disediakan jika diperlukan.


Ruang tamu yang luas,bersih & selesa di samping juga dilengkapi dengan set televisyen.


Ruang luaran menghijau HOMESTAY D'KUNDANG ini juga sangat sesuai untuk pengunjung mengadakan aktiviti-aktiviti ringkas seperti BBQ,aktiviti kanak-kanak dan lain-lain.

Lokasi homestay ini juga berada dalam keadaan kampung yang tenang & selamat serta mudah untuk mendapat kemudahan untuk makan & sebagainya.

Kepada yang berminat,harap dapat hubungi kami pada nombor yang tertera atau boleh PRIVATE MESSAGE pada kami.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment