T-SHIRT PRINTING KUANG (CLICK THIS LINK)

WEBSITE ALTIMAT CAR RENTAL

Tuesday 25 March 2014

RUSNAH HOMESTAY @ KG SETIA , KUANG

Assalamualaikum,seperti entri homestay sebelum ini,terima kasih diucapkan kepada Puan Rusnah Yahaya di atas kesudian puan di dalam menjalinkan satu kerjasama dengan pihak kami Penginapan De Sungai Buloh, di mana bersama-sama di dalam memberikan perkhidmatan HOMESTAY di sekitar Kg Setia , Kuang & Sg Buloh.


Homestay yang terletak di Kg Setia , Kuang , Sg Buloh ini diasaskan dari kedai jenis 2 tingkat di mana homestay berada pada tingkat atas.Bahagian atas homestay tersebut telah diubahsuai kepada beberapa bilik,ruang santai & tandas.






Setiap bilik telah dilengkapi dengan tilam,bantal,almari & beberapa kelengkapan ringkas untuk kegunaan & keselesaan pengunjung.


Penghawa dingin juga disediakan pada setiap bilik.



Pada bahagian hadapan homestay tersebut juga terdapat gerai kecil untuk pengunjung makan & bersantai.

Lokasi homestay ini juga di dalam keadaan kampung yang aman & selamat serta mudah mendapatkan tempat makan & sebagainya.

Kepada yang berminat,sila hubungi pada nombor yang tertera.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment