T-SHIRT PRINTING KUANG (CLICK THIS LINK)

WEBSITE ALTIMAT CAR RENTAL

Tuesday, 25 March 2014

RUSNAH HOMESTAY @ KG SETIA , KUANG

Assalamualaikum,seperti entri homestay sebelum ini,terima kasih diucapkan kepada Puan Rusnah Yahaya di atas kesudian puan di dalam menjalinkan satu kerjasama dengan pihak kami Penginapan De Sungai Buloh, di mana bersama-sama di dalam memberikan perkhidmatan HOMESTAY di sekitar Kg Setia , Kuang & Sg Buloh.


Homestay yang terletak di Kg Setia , Kuang , Sg Buloh ini diasaskan dari kedai jenis 2 tingkat di mana homestay berada pada tingkat atas.Bahagian atas homestay tersebut telah diubahsuai kepada beberapa bilik,ruang santai & tandas.






Setiap bilik telah dilengkapi dengan tilam,bantal,almari & beberapa kelengkapan ringkas untuk kegunaan & keselesaan pengunjung.


Penghawa dingin juga disediakan pada setiap bilik.



Pada bahagian hadapan homestay tersebut juga terdapat gerai kecil untuk pengunjung makan & bersantai.

Lokasi homestay ini juga di dalam keadaan kampung yang aman & selamat serta mudah mendapatkan tempat makan & sebagainya.

Kepada yang berminat,sila hubungi pada nombor yang tertera.

Terima kasih.

Monday, 24 March 2014

ZAIDAN JAYA HOMESTAY @ KG SETIA , KUANG

Assalammualaikum,alhamdulillah bermula bulan Mac 2014 ini,di atas jasa baik Tuan Zaidan,pihak kami telah mula menjalinkan kerjasama bersama ZAIDAN JAYA HOMESTAY di dalam memberikan perkhidmatan homestay di dalam kawasan Kuang Sg Buloh ini.


Homestay yang berada di Kg Setia , Kuang ini diasaskan dari kedai 2 tingkat di mana homestay berada di tingkat atas yang mempunyai 2 rumah.Setiap rumah mempunyai 2 bilik tidur,1 bilik air & ruang tamu yang luas.




Setiap bilik telah disediakan katil,tilam,bantal & almari yang bersih untuk keselesaan para pengunjung.


Tilam tambahan juga disediakan untuk pengunjung yang ramai.


Setiap bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung.




Bilik air & tandas di jamin dalam keadaan bersih.



Ruang dapur juga dilengkapi dengan meja & kelengkapan ringkas untuk memudahkan pengunjung menjamu selera.




Ruang tamu yang luas,bersih & selesa di samping juga dilengkapi dengan penghawa dingin.



Pemandangan dari atas homestay yang tenang & damai dalam suasana kampung.

Lokasi homestay ini juga berada dalam keadaan kampung yang tenang & selamat serta mudah untuk mendapat kemudahan untuk makan & sebagainya.

Kepada yang berminat,harap dapat hubungi kami pada nombor yang tertera.

Terima kasih.



Sunday, 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia 16 September


Assalamualaikum,

Sempena hari ini 16 September 2013,pihak kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA kepada semua rakyat Malaysia bumi bertuah ini,bersama-samalah kita di dalam memupuk semangat perpaduan,keharmonian & cintakan negara kita yang BERBILANG KAUM ini.

"Malaysia tanah tumpah darahku"

Thursday, 15 August 2013

Salam Perkenalan dari Homestay De Sungai Buloh

Assalammualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dengan mengambil berkat bulan Syawal yang mulia ini,dengan ini saya sebagai admin blog ini ingin memberikan salam perkenalan dari pihak kami HOMESTAY DE SUNGAI BULOH kepada semua pembaca blog ini.



HOMESTAY DE SUNGAI BULOH yang mula dilancarkan pada bulan Jun 2013 yang lepas ini pada asalnya adalah merupakan rumah persinggahan pemiliknya yang merupakan anak Kuang yang telah berhijrah ke tempat lain dan hanya menghuni rumah ini jika balik ke kampung Kuang.


Dengan mengambil kira lokasi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini yang berada di atas bukit Sungai Plong dan mempunyai ruang balkoni pada tingkat 2,dirasakan ianya sangat sesuai untuk dijadikan homestay bagi pengunjung yang mahukan satu keadaan yang tenang,nyaman,bersuasana kampung & dapat menikmati pemandangan sekitar kampung Sungai Plong.Kepada yang kurang mahir berkenaan lokasi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini,sila google map 'Kolej Vokasional Sungai Buloh' atau 'Sekolah Kebangsaan Sungai Plong',ianya betul-betul berhampiran kawasan berkenaan.




Ruang luaran menghijau HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini juga sangat sesuai untuk pengunjung mengadakan aktiviti-aktiviti ringkas seperti BBQ,aktiviti kanak-kanak,bersukan dan lain-lain.





 Jadi,dengan ini,kepada sesiapa yang berminat untuk mengunjungi HOMESTAY DE SUNGAI BULOH ini,sila hubungi (call/sms/whatsapp) ke;

- 019-2472367 (Wazir)
- 013-3580776 (Zool)
- 019-3433705 (Aman)

Jangan malu atau segan untuk bertanya,pastinya panggilan anda akan dijawab dengan mesra oleh pihak kami.

Sekian untuk kali ini.

Terima kasih.

Wassalam.